Salam semua....jemu dah korang melayan n3 luahan hati atie tu ya?hihi.Biasa la,klu anak2 balik bercuti,masa byk kat dapo ..Alhamdulilah,anak lelaki atie dah mula bercuti cuti..bermula jumaat lps.Cuti pon xlama dalam 10 hari jer.jadilah kan?.
Semlm pula kami sekluarga menziarahi MIL kat kg(sonok dia brjumpa ngan cucu2 ni) & menghadiri jemputan ke majlis perkahwinan di sana sini....penat oooo!
Ramai yg mengambil kesempatan mengadakn kenduri kendara sempena cuti hari krismas semlm (sorang pekerja Mylaling(kristian) dh awai2 mintak cuti..nk g gereja katanya..)
.Jom kiter cite pasai masak2 lak(dah lama xn3 kan?).Sebenarnya,antara yg menjadi kesukaan anak2 atie ialah..cendawan goreng bertepung...mudahhhhhh sgt.mmg wajib ada bila anak2 bercuti kat rumah.Jom layann.
InsyaAllah,kami akan balik ke kg arini...Doakn semoga perjlnan kami slmt yer.Jumpa lagi nanti.Klu rajen tu nanti buang la sawang2 ke?...mopkan lantai ke?..Daaaaaaaaaaaa
Bahan-bahan:
**3 pkt cendawan
**Tepung goreng ayam serbaguna(Tepung kentucky)
**3 biji telur
**sdkt garam
**ketumbar + jintan(tumbuk,gaulkn sekali ngan tepung)
Cara-cara:
1.bersihkan cendawan dan potong setiap cendawan kepada 4 bahagian.
2.pukul telur hingga sebati, masukkan ke dalam bekas yang berisi cendawan tadi, gaul rata. sementara itu bolehlah panaskan minyak.
3.masukkan tepung goreng ayam serbaguna, gaul hingga semua cendawan diselaputi tepung.
4.goreng hingga kekuning-kuningan (deep fry)
5.bolehlah dihidangkan...sesuai dimakan begitu saja atau bersama-sama dengan nasi.
15 comments:
selamat bercuti dan selamat balik kampung atie.
Bercuti jumpa keluarga di kampung sungguh saat yg paling menggembirakan. Untung kita masiha da kg lagi zatie...
saya rajin gak buat nie kak ..
makan lepas grg sedapo kan kak :)
cendawan goreng tepung, favorite saya sekeluarga jugak.. terutama nya syaa dan anak saya :d
sedap ni kak atie..saya pun pernah buat..
salam kak..selamat bercuti..sedapnye cendawan goreng tpung...memangpeberet sy, makan panas2 best kn :)
oh mabeles kak! nk uat jugak nih
sedapnya tie..ita pernah pakai tepung ne..mcm agak masin aje...tapi tak ada lah bubuh ketumbar dan jintan..mesti lagi sedap...tq ..nanti nak cuba gak..he..he
eh lain cara akak goreng cendawan ni..nak cuba lah petang nanti.
slamat bercuti...sodapp tu cendawan grg tepung:-)
cndawan goreng ni mmg sedap... Selamat bercuti.. mmoga semuanya selamat....
uis..peberet saya juga ni cendawan goreng tepung..nyum..nyum..
cendawan goreng tepung ni mmg sedap kak tie..!! sy mmg suka sgt2lah.. hihii
pasal saya ucap tahniah tu... pasal kak tie menang dekat blog http://www.nornadiah.com/2012/01/senarai-blogger-bertuah-untuk-contest.html
kak tie dapat topup RM30
Myra suka cendawan goreng tepung :)
hubby suka mkn cendawan ni tp tak pernah lg cuba masak gini.. nti nk cuba la...
Post a Comment