Saturday, October 30, 2010

Mee Udang.

Salam semua...dr pg tadi atie g 'gejobos'(rewang)kt majlis perkahwinan...sepupu MyLaling kawinkan anak llaki dia.kul 8pg,kami dh brtolak kerumahnya hingga la kul 2ptg...membantu kt sana.pada anak sepupu Laling(ariffin & pasangannya)..'selamat pengantin baru'!...disbbkn mkn2 kt sana,atie xder la msk kt umah...lps maghrib tadi lapor la pulak...jadi merajenkn diri buat mee udang nih(bahan2 pon ada lam esbox)..mlm nie kiter mkn mee udang jer yer Ling..hikhik.resepi cedok kt MesraNet..makasih!

Bahan-Bahan:

1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh(atie xisi)
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.(atie xisi)
5 biji cili masak
Limau kasturi(atie xisi)
Sedikit bawang goreng

Cara-Cara:

1.Rebus udang basah terlebih dahulu.

2.Kemudian toskan airnya asingkan ketepi.

3.Ambil kepala udang dan kisar.

4.Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

5.Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.

6.Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

7.Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.

8.Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

9.Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.


8 comments:

Bayu Kenangan said...

good sharing.... nak cubelah....

Nad @ MamaZakwan said...

salam kak atie..
tumpang tanya..adakah kenduri kawen yg kak atie gi kejobos tu kt sg nipah? ;)

Mas said...

mee udang..mas suka.....

kakchik said...

salam kak atie. sedapnya ee udang akak tu. dah terliur sangat dah ni. nak masak kena ke pasar, malaslah pulak bila hujan lebat macam ni.

ieda said...

sedapppnya .. mee udang nie kak .. nampak meriah ..dgn udang hehehe

ieda buat mee lidi jer pagi nie :)

ima said...

salam atie...memang nampak sedap mee udang tu...mee tu bukan mee biasakan...nampak cam sedap betul la atie...

Miza Yusof said...

salam kak atie. sedapnya mee udang. udang tu feveret miza. yummyyyy :)

Kaseh NazLieza said...

erm...nmpak sedap btol la kak...

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™