Bahan-Bahan:(sumber:InaMYR)-saiz L
*Tepung gandum 175gm
*Yis kering 1 sudu besar
*Minyak 1 sudu besar
*Secubit garam, air
*Mozarella cheese, sos pizza/sos tomato/sos cili
**Topping kesukaan:(atie isi sosej ayam,tomato,bwg merah,cili Benggala.cili merah,daun sup)
Cara-cara
1.Campurkan semua bahan bersama air dan uli semua bahan sehingga lembut. (sukatan air bergantung agar doh tidak melekat pada tangan dan bekas)
2.Letak kertas minyak ke atas dulang bakar dan leperkan doh di atas dulang menggunakan tangan. Biarkan sehingga doh naik sekali ganda. Tekan2 dengan garfu supaya angin keluar.
3.Sapukan sos pizza di tengah2 atau campuran sos tomato dan sos cili. Letakkan topping apa2 yang disukai. Akhir sekali taburkan mozarella cheese.
4.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180C selama 22minit.
Makasih InaMYR...sedap!
2 comments:
perghhhh
amaran post ni x bulh d usha oleh mereka2 yg berpose...bahaya3...nnt batal pose keh2...
sedappppppnyaaaaaaaaaaaaa
Dah Tahu Tinggal Se0rg2 Lg Berani Tgk Citer Tu...Kalau Kak Lin Tak Berani....
Post a Comment