Friday, October 22, 2010

Siakap Stim 3 Rasa.

Salammmm....dah makan tghari ker?Alhamdllh,atie ngan Mylaling dah kenyang pon...sblm g masjid,kami makan sama2.masakan tghari nie...main kukus2....tumis2 jer....senang!kebetulan lam esbox ada sekor lagi ikan siakap..dok mengoogle pg tadi...jumpa la resepi nie kt blog norzailina nordin...makasih chef!...mmg sedappppp,tambah lak aroma bunga kantan....brselera kami mkn.tapi seperti biasa la,klu ada resepi yg ada taruk ciliapi nie....mmg atie akan doublekn..lg pedas..lg 'kick'...hikhik.klu korang nk resepi,ada kt bawah nun...blh try,gerenti korang nambah2 nasi(lupa terus ngah diet!..)


Bahan-Bahan:(sumber:Chef Norzailina Nordin)

1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut-atie xde
4 - 5 biji cili padi-atie tambah,kasi pedas lagik!

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum-atie xde
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
2 camb gula pasir
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-
1.Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
2.Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
3.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
4.Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
5.Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
6.Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.


3 comments:

PearlnScarf said...

kita dtg bawak bekal nie nak tapau ikan 3 rasa

PUTERA2PUTERI said...

amboi amboi.....x antaq kt ieta ckit pun aiiii ikan tu...makan ber2 je no...x aci la.....

Lin Rosly said...

Salam Atie...
Amboi! Kak Lin Dtg Pun Tak Perasan Yer...Tgh Menjamu Selera Dg Ikan 3 Rasa....

Sedapnya!

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™