Bahan-bahan:(sumber-dz 99MYR)
Seekor ikan pari bersize sederhana-bersihkan
15 tangkai cili kering
6 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
4 Biji bawang Merah-atie tambah
3 Ulas bawang Putih-atie tambah
3 tangkai serai
1 sdb jintan kasar
1/2 sdb jintan halus
1 inci belacan
Sedikit Gula
Sedikit Garam
Minyak utk mnumis
4 biji limau kasturi
2 Helai daun Limau purut-atie tambah
Aluminium Foil
Cara-cara:
*Blenderkan semua bahan-bahan kecuali Gula,garam,Minyak,Limau kasturi & daun limau purut.
*Kemudian tumiskan semua bahan-bahan tadi sehingga naik minyak,perasakan dgn gula,garam
*Letakan sebahagian sambal tersebut didalam kuali yg telah dialas aluminium foil,kemudian letakan ikan pari,tutup bhgian atas ikan dgn lebihan sambal tadi.
*Perahkan sdkt jus limau kasturi,taburkan hirisan daun limau purut,bungkuskan ikan tadi ngan aliminium Foil & balik-balikkan hingga ikan masak.
*Boleh makan dgn air asam/mkn begitu sahaja pon sedap!

1 comment:
salam kak..kat sini ada satu gerai selalu jual ikan pari bakar..dia punya sambal cicah memang power kepedasannya...harganya pulak murah jer sekeping yg sebesar pinggan lbh kurang harganya 4 hinggit jer..makan berdua pun kenyang....tgok yg akak ni trus rasa nk p beli lak
Post a Comment