Monday, February 27, 2012

Sandwich Telur

Salam & slmt pagi semua.Permulaan dihari isnin..cam malas jer kan?.Trutamanya bagi kita-kita yg bekerja...jadinya kuatkn semangat ok,Feb pun dah hampir menutupkn tirainya nih!
Okeylah,sarapan kami pagi ni...sandwich telur jer,dh plan dr mlm tadi sbb roti pon dah nk expired.Mudah jer membuatnya..klu ada anak2 yg bersekolah pg,blh la mencubanya klu dah trlewat bangun ke?.Yg atie punya taruk sayur timun & salad byk2 sbb..atie mmg sukerrrr sayur..MyLaling punya isi ciput jer.
Pada K.ita..terima kasih atas resepinya ini.

Bahan-bahan :(sumber:K.Azita Zain)

2 biji telur - direbus keras-atie goreng & hancurkn

8 keping roti - dibuang tepinya-atie xbuang,syg.hihi

1 sudu besar mayonis

Sedikit lada sulah

Hirisan timun secukupnya

Hirisan tomato secukupnya-xisi

Daun salad secukupnya

Marjerin secukupnya

Cara-cara :

Hancurkan telur di dalam satu bekas hingga agak hancur samada menggunakan sudu ataupun pisau untuk sapu mentega tu.

Masukkan lada sulah dan mayonis dan kacau hingga rata dan sebati.

Ambil 2 keping roti dan sapukan sedikit nmarjerin ke atasnya.

Letakkan daun salad, kemudian hirisan timun, kemudian hirisan tomato ke atas sekeping roti tadi.

Kemudian letakkan sesudu adunan telur tadi dan ratakan.

Letakkan hirisan tomato, kemudian hirisan timun dan kemudian daun salad.

Akhir sekali letakkan sekeping lagi roti yang telah disapu marjerin ke atasnya.

Jika suka bolehlah dipotong kepada 2 bahagian dan siap untuk dihidangkan.

Sandwich ini boleh juga dibakar dengan menggunakan sandwich maker.

6 comments:

IeRA said...

Salam Atie..

Tumpang BF kat sini boleh???

Gee® said...

salam singgah, k.gee pon bf sandwich harini tp sandwich sardin... simple kann

Cikrosecute said...

Sedapnya...pagi2 sarapan sandwich telur...

EmbunRosaliza said...

Assalam atie, kat umah akk pun mmg laku bf roti mcm ni, tapi tanpa sayur la heheh, mmg sedap

Liza said...

salam atie...ni peberet anak2 liza ni....

fieda said...

mmg sedap ni..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™