Bahan-bahan:(sumber:K.Wana potretkasih)
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk) -atie guna 5 ketul tulang jer.
3 biji bawang merah – dimayang halus -atie guna bwg bsr cam k.wana
1 ulas bawang putih – dimayang halus (saya guna 4 ulas bwg putih )
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk ( saya guna rempah sup serbuk -atie pon sama)
1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk ( saya guna 1 1/2 sudu besar lada putih biji di tumbuk )
3 biji ubi kentang _ tak letak
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka – tak letak
1 kiub pati ayam – tak letak
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup
bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 Biji ciliapi-atie tambah sediri
Cara-cara
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk
Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.
28 comments:
sedapnya atie... ni biasa kalau time kenduri kat kg mmg wajib ada ..
sedapnya sup tulang kak tie...bau sampai ke sini...
la kak atie..kelakar plk..arini pun saya masak sup tulang gak dan wat sambal kicap sekali..mmg wajib wat sambal kicap tu..brulah sedap nk cicah dgn daging kan..
salam munna..ha'ah kat kg pon klu kenduri potong lembu WAJIB guat sup tulang...
salam Rose..jemout makan :D
salam fieda..ca, brjanji lak ya..hihi.Sambal kicap mmg mesti ada,klu x mmg xseronok nk makan.
waduhhh..
rajin sekali
kita lani sibuk menjahit
selalu masak yg simple2 jeh :)
huwaa sedap2 kak
makan ngan sambal kicap nie sedapp tul ;)
sedapnya sup tulangggggg....
dgn sambal kicap pastu ada ikan kering..pehhhh..bertambah nasik..dah x ingat diet dah...
sup tulang memang sedap dimakan xpecially tang hirup kuah..hehehe
salam kenal akak ...:)
Assalamualaikum Atie, akak dtg nak tapau semangkuk beso sup tulang, tgh hujan lebat petang ni, bestnya dpt hirup sup panas2.. :))
sedapnyerr.. lya mmg suka sgt2 mkn sup tulang ni.. kalo kat pntai marina kat kmn, trg ni femes dgn nasi sup... sup tulang kawww/daging dimakan bsama nasi putih+telur dadar n belacan..
feberet! harus d copy rsepi ni kak. nk try buat style k ati jugak! ari tu dh buat agar2 sntan ;D
Salam Kak Atie.. tiba2 ni perut umi jd lapar. sedapnya hirup sup tulang ni, mkn dgn nasi panas2 siap ada sambal kicap lg tu :)
sambal kicap tu yang tak tahan..
laporr.
penghuni2 rmh dela ni smua gila sup tulang... :)
Sup yg atie buat nie makan dgn sambal kicap memang umph... kakak suka makan dgn roti...
Salam Azatie,
Aduhhh....kalau yang pedas2 ni memang lah Kegemaran Kak Ros nih....
Salam Kak Azatie..fuhhh kena sangatlah tu makan sup tulang ngan sambal kicap...Hirup kuah panas2 sedap ni
nyummy..sdpnyaa...
sedap lah tie..ita tak pernah buat sambal kicap..biasa sup tu asin gkan sikit bagi pedas..ketuk kan cili api dan bubuh sikit lobak masin yg dipotong kecil-kecil...
Salam Azatie..
pergghhh mmg sedap hirup kuah ada lagi sambal kicap tak ingat seh nasi bertambah best nyer..
Sup dgn sambal kicap sgt best kan kak. Yummy
Salam Kak Azatie.. he he he sejiwa gitu kak.. ermapun ader sup tulang gak he he he.. sedap tu lelagi ader sambal kicap memang soodddaappp he he he
bestnya sup tulang dengan sambal kicap... buh bihun sket... emmm
sup tulang memang sedap.
terliur betul tgk sambal kicap tu..
salam atie....
baru berkesempatan nak jenguk ke sini.... thanks sudi cuba resepi dari blog akak... nampak sedap sangat masakan atie.... pulak tu ada sambal kicap!!! Slurppp!!! ( telan air liur )
Post a Comment