Thursday, May 17, 2012

Puisi Cinta Untuk Suami Tersayang


Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa

Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu..
Namun cabaran terlalu sukar ku atasi

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga




sumber:Blog Genta-Rasa(TQ)

17 comments:

Che Rosliza Che mat said...

Sweetnya puisi nie..

Amie said...

So lomantik.... jauh di lubuk hati, memang sentiasa sayang si dia, moga bahagia hingga akhir hayat.

kasihredha said...

kalau suami baca ni sure senyum sampai telinga :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Rose..betul tu :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Amie...DIALAH insan yg paling kita sayangi selain kedua ibubapa & anak2.Teman disaat kita berduka & gembira..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

K.Kasihredha...:D

fiQ'Ra said...

kak atie bg suami kak atie baca tak puisi ni? if kak ati bg suami kak atie baca, mesti dia terharu, mesti dia sebak ;')

**bermakna puisi ni ;)

Aju Mohit said...

Romantiknya kak, so sweet, moga berkekalan ke akhirnya

Aida78 said...

wah romantik gitu...

TeacherAzimah said...

sooo sweettt :-)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sweet sgguh..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

FiQra...ala,HB k.atie bkn minat sgt baca2 blog ni..klu nk 'mengata' dia pon boleh.hikhik

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Aju..k.atie ni mmg romantis orgnya.hihi.Aminnnnnnnnn

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Aida..suami-isteri kena romantis selalukan...:D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Azimah..terima kasih:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Yui..sok2 yui pon romantis cam tu ngan Afiq gak ya :D

anitadiana said...

romantiknya..ita tak reti nak romantik-romantik ne...

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™